Sunday 3 July 2011

BOLA KERANJANG

SUKAN MALAYSIA IX

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

(LELAKI & WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan Undang-Undang Bola
Keranjang Antarabangsa sebagaimana yang
ditetapkan oleh FIBA.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa
Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam
peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN SUKAN MALAYSIA.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan
berasas kepada Undang-Undang Persekutuan
Bola keranjang Antarabangasa (FIBA).
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Bola Keranjang SUKAN
MALAYSIA IX adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment