Sunday 3 July 2011

BOLA KERANJANG

SUKAN MALAYSIA IX

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

(LELAKI & WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan Undang-Undang Bola
Keranjang Antarabangsa sebagaimana yang
ditetapkan oleh FIBA.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa
Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam
peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN SUKAN MALAYSIA.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan
berasas kepada Undang-Undang Persekutuan
Bola keranjang Antarabangasa (FIBA).
1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Bola Keranjang SUKAN
MALAYSIA IX adalah muktamad.

BADMINTON

Badminton

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Badminton
Badminton Peter Gade.jpg
Danish badminton player Peter Gade
Highest governing bodyBadminton World Federation
First played17th century
Characteristics
ContactNo
Team membersSingle or doubles
CategorizationRacquet sport
EquipmentShuttlecock
Olympic1992–present
Badminton is a racquet sport played by either two opposing players (singles) or two opposing pairs (doubles), who take positions on opposite halves of a rectangular court that is divided by a net. Players score points by striking a shuttlecock with their racquet so that it passes over the net and lands in their opponents' half of the court. Each side may only strike the shuttlecock once before it passes over the net. A rally ends once the shuttlecock has struck the floor.
The shuttlecock (or shuttle) is a feathered projectile whose unique aerodynamic properties cause it to fly differently from the balls used in most racquet sports; in particular, the feathers create much higher drag, causing the shuttlecock to decelerate more rapidly than a ball. Shuttlecocks have a much higher top speed, when compared to other racquet sports. Because shuttlecock flight is affected by wind, competitive badminton is played indoors. Badminton is also played outdoors as a casual recreational activity, often as a garden or beach game.
Since 1992, badminton has been an Olympic sport with five events: men's and women's singles, men's and women's doubles, and mixed doubles, in which each pair consists of a man and a woman. At high levels of play, the sport demands excellent fitness: players require aerobic stamina, agility, strength, speed and precision. It is also a technical sport, requiring good motor coordination and the development of sophisticated racquet movements

Tuesday 7 June 2011

SUKAN DI MALAYSIA


Sukan di Malaysia adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur. Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di Universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setia kawan, semangat untuk memenangi sesuatu pertandingan selain untuk berkenalan sesama sendiri dan justeru merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Kebanyakan bangsa di Malaysia mempunyai sukan tradisional mereka sendiri, dimana ia telah diwarisi dari generasi ke generasi. Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat di dalam sesetangah bangsa atau kaum tersebut.

JENIS-JENIS SUKAN

1. SUKAN TRADISIONAL / RAKYAT

Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktiviti-aktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.
Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.
Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.
          




2. SUKAN PADANG
Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya.


           



3. SUKAN BALAPAN

Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia.
Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair.
  



4. SUKAN AIR

Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang,menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik, kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.